Seminar Kesedaran Kanser

Sebelum pelancaran buku, saya diundang memberi ucapan di Seminar Kesedaran Kanser peringkat negeri. Acara tersebut dihadiri oleh pesakit kanser, penyedia penjagaan kesihatan dan orang awam. Semasa sesi soal jawab, sebahagian besar pertanyaan seputar pengesanan dan rawatan.

Seorang lelaki memperkenalkan dirinya sebagai pejuang kanser, dia telah dirawat sebagai pesakit leukemia beberapa tahun lalu dan kini telah pulih selepas menjalani pemindahan tulang sumsum. Dia telah melalui waktu-waktu yang sukar dengan biopsi, kemoterapi dan pemindahan sumsum tulang. Dia menyuarakan masalah-masalah yang dilaluinya semasa konsultasi awal ketika dimaklumkan bahawa dirinya disahkan menghidap kanser.

Saya bersetuju dengannya. Konformasi awal tentang kanser akan membuatkan minda kosong dan penuh kalut. Fikiran kita menjadi kabur dan tidak dapat menerima sebarang maklumat. Waktu seolah terhenti 

malah beberapa pesakit lain mengalami simptom fizikal. Saya bercakap dengan beberapa orang pesakit yang menyatakan mereka berasa mual, sakit kepala, kesemutan, kesukaran menarik nafas yang dalam, jantung berdenyut pantas dan lain-lain. Lelaki tadi keluar dari bilik doktor dengan ketidakpastian dan soalan-soalan yang tidak terjawab. Tolong jangan begitu terasa khuatir. Semua ini adalah semulajadi. Saya seorang doktor namun terhambat dan merasa tidak terlatih untuk menangani kejadian tersebut.

Tuliskan perkara-perkara yang perlu ditanyakan pada kunjungan akan datang dan berikutnya. Semakin kita menulis, semakin kurang otak memprosesnya. Ini sememangnya merupakan beberapa kaedah melepaskan tekanan. Kehidupan kita akan terasa lebih teratur, meningkatkan kepercayaan diri dan berkeyakinan.

Mintalah doktor memperlahankan dan mengulangi penjelasannya kerana itulah tugasnya. Secara peribadi saya tidak pernah merasa jengkel apabila diminta untuk meneliti semula kondisi pesakit, kerana itu dapat memastikan pesakit memberi perhatia dan sedia untuk belajar.

Tidak apa untuk mengatakan, “Saya tidak bersedia dengan semua ini” … tidak mengapa … Kita hanyalah manusia biasa…

Close Menu
×
×

Cart