Selected:

3 Kanser 10 Bulan: Bila Doktor Menjadi Penjaga

RM 29.90

3 Kanser 10 Bulan: Bila Doktor Menjadi Penjaga

RM 29.90

Jika anda atau orang yang anda sayangi menghidap kanser, buku ini memaparkan pandangan peribadi yang unik oleh doktor yang berdepan dengan cabaran apabila ahli keluarga beliau disahkan menghidap tiga jenis kanser dalam sepuluh bulan. Buku ini dapat membantu anda melawan dan mengatasi pelbagai isu yang dihadapi pesakit dan penjaga mereka.

Buku ini memaparkan pandangan peribadi yang unik oleh doktor yang berdepan dengan cabaran apabila ahli keluarga beliau disahkan menghidap tiga jenis kanser dalam sepuluh bulan. Buku ini dapat membantu anda melawan dan mengatasi pelbagai isu yang dihadapi pesakit dan penjaga mereka. Dr. Azlan mendedahkan penderitaan yang beliau dan orang yang beliau sayangi alami berdasarkan pengalaman peribadi dan penyelidikan yang dilakukan. Beliau berkongsi perkara yang dipelajari dalam mengendalikan isu berkaitan penyakit yang sangat ditakuti ini dengan berjaya.

In stock

Description

Buku ini memaparkan pandangan peribadi yang unik oleh doktor yang berdepan dengan cabaran apabila tiga orang ahli keluarga beliau disahkan menghidap kanser dalam sepuluh bulan. Buku ini diharap dapat membantu orang lain melawan dan mengatasi pelbagai isu yang dihadapi pesakit dan penjaga mereka.

Dr. Azlan mendedahkan penderitaan yang beliau dan orang yang beliau sayangi alami berdasarkan pengalaman peribadi dan penyelidikan yang dilakukan. Beliau berkongsi perkara yang dipelajari dalam mengendalikan isu berkaitan penyakit yang sangat ditakuti ini dengan berjaya.

Setiap jenis kanser yang dialami keluarga beliau mempunyai simptom fizikal, pilihan rawatan, perkembangan penyakit dan hasil rawatan yang berbeza. Beliau menangani setiap isu dan cabaran ini serta membantu pesakit dan penjaga mereka mengenal pasti cara untuk melawan penyakit ini.

Beliau menyatakan penilaian penyakit yang jelas dan pilihan rawatan yang ada. Namun, tumpuan diberi untuk membantu keluarga melepasi halangan ini dan berhubungan dengan lebih baik dan saling menyayangi. Bantuan langkah demi langkah yang praktikal untuk mempertimbangkan dan menguruskan pilihan rawatan diberikan dalam buku ini. Ia membantu mengubah perjalanan sukar anda menjadi satu perjuangan yang bermakna dan tidak dapat dilupakan.

Dr. K. Azlan adalah pakar perubatan dan Ketua Perkhidmatan Kecemasan dan Trauma. Beliau bertugas di pulau pelancongan Langkawi, satu daripada 104 pulau di kepulauan Laut Andaman kira-kira 30km dari barat laut Semenanjung Malaysia. Beliau menamatkan pengajian di Medical School of Dalhouse University, Hallifax, Nova Scotia, Kanada. Beliau tidak gentar mendedahkan kepayahan yang keluarga beliau alami dengan diagnosis tiga jenis kanser berbeza dalam tempoh yang singkat.

 

Kandungan Buku

Pengenalan : Kenapa Buku Ini Ditulis
Bab 1: Aku Doktor yang Tidak Bersedia
Bab 2: Tiga Kanser Sepuluh Bulan
Bab 3: Biopsi
Bab 4: Kelimpahan Maklumat
Bab 5: Melawan Sehabis daya
Bab 6: Jurnal Harian … Lakukan Dengan Betul
Bab 7: Kemoterapi
Bab 8: Masa untuk Diri dan Insan Tersayang
Bab 9: Memahami Penjaga Pesakit
Bab 10: Tentang Produk Sampingan
Bab 11: Kanser Tahap IV dan Rawatan Paliatif
Bab 12: Menyokong Penjaga Pesakit
Bab 13: Kehidupan selepas Tiga Jenis Kanser
Bab 14: Nasihat Akhir

Additional information

Weight 220 g
Dimensions 20.5 × 13 × 1.5 cm
Close Menu
×
×

Cart