Pelancaran Buku di APPLE2017

Baru-baru ini, saya diberi penghormatan untuk meluncurkan buku di Grand Copthorne Waterfront Hotel, Singapura. Pelancaran buku ini telah dilakukan semasa perjumpaan 8th Asia-Pacific Primary Liver Cancer Expert Meeting. Ia adalah satu pengalaman luar biasa selama saya menjadi seorang doktor. Saya bertemu ramai orang hebat dari pelbagai sektor kesihatan.

Saya tertarik mendengar pendapat dan tanggapan mereka terhadap perspektif saya sebagai penjaga. Saya diberi reruai untuk menandatangani buku penganjur. Ucapan saya pada hari kedua persidangan. Pada hari pertama, saya dikunjungi seorang ahli onkologi mengajukan beberapa soalan mengenai kandungan buku ini. Saya terkejut mendengarnya berkata “Ini perkara biasa. Hampir semua orang mempunyai saudara mara dengan kanser.” Saya tidak terkejut dengan kenyataan ini, kerana suatu ketika dahulu saya juga memiliki pola fikir yang sama dengannya. Kami para doktor menganggap sudah tahu kesemuanya tentang kanser. Saya tidak menanggapi kenyataannya. Saya menyimpannya untuk ucapan hari esoknya.

Pada keesokannya, saya berada di atas pentas. Pada mulanya, saya meneroka konsep mencari masa untuk diri sendiri dan yang tersayang di rumah pasca kemoterapi. Kemudian saya mengajukan soalan yang mudah kepada pendengar. “Tahukah anda berapa banyak suntikan, pengambilan darah dan pengimbasan CT yang dilalui pesakit telah anda perintahkan?” Saya menekan mereka lagi, “Tahukah anda berapa banyak malam tanpa tidur yang dilalui pesakit anda selepas biopsi dan kemoterapi? Tahukah anda sesetengah daripada mereka terlewat datang kerana terpaksa mengelilingi hospital beberapa kali kerana mencari tempat letak kereta? Tahukah anda berapa banyak kos setiapkali datang untuk rawatan dan janji temu klinik? Tahukah anda bahawa sesetengah daripada mereka terpaksa mendapatkan pinjaman peribadi untuk menampung semua perbelanjaan yang tidak diinginkan ini?” Suasana menjadi hening. Bukan niat saya untuk berhujah atau berdebat dengan mereka. Saya hanya ingin mengambarkan dari perspektif penjaga. Kemudian saya berkongsi pendapat bagaimana untuk cuba memahami pesakit. Saya juga bercakap tentang bagaimana menangani doktor yang juga pesakit.

Selepas ucapan, orang ramai mula berkerumun di reruai saya dan ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut. Kami bercakap dan berbincang mengenai isu-isu yang berkaitan dengan kanser. Sebahagian daripada mereka membeli buku untuk diri sendiri dan orang yang disayangi. Seorang jururawat onkologi datang  membeli 5 buah buku dan mendermakan wang tunai untuk salah satu kumpulan yang didokongi saya. 

Secara keseluruhannya, saya menyukai lawatan ke Singapura (kali pertama) dan telah bertemu lebih ramai masyarakat yang mesra serta prihatin.

Close Menu
×
×

Cart