Pejuang Kanser yang Positif dan Proaktif

Tidak lama selepas buku diterbitkan, saya dihubungi oleh seorang wanita bernama Zuraini Kamal. Dia adalah pejuang kanser.

Kami bercakap melalui telefon dan saling bertukar cerita tentang pengurusan kanser. Saya sedar kami banyak bersetuju dalam hal ini. Kami mempelajarinya dari sukarnya pengalaman. Saya sebagai penjaga dan dia sebagai pesakit.

Salah satu perkara yang ditekankannya ialah bagaimana dia cuba mengambil suplemen dan akhirnya menyedari bahawa semua itu sama sekali tidak membantu. Di mana keajaiban dijual sebegitu sahaja. Nasib baik dia menemukan fakta dan mendapatkan nasihat profesional dan perubatan berasaskan penyelidikan.

Kini dia sudah pulih. Sekiranya tidak didedahkan bahawa dirinya adalah bekas pesakit kanser, saya percaya tiada siapa akan mengagaknya. Kerana dia kelihatan bertenaga, bersemangat dan sedang melakukan apa yang digemarinya.

Kini dia aktif melakukan kerja amal. Ahli kumpulannya akan membuat lawatan sosial ke rumah, hospital dan di mana saja bantuan diperlukan. Saya amat kagum dengan usaha berterusannya. Dia menubuhkan kumpulan di Facebook untuk rakyat Malaysia dan menerima banyak pujian. Kumpulan Facebooknya bernama “Cancer Survivors (MSIA)” memberi sokongan kepada pesakit kanser dan penjaga mereka. Tiada iklan suplemen dan jualan dibenarkan! Saya menyertai kumpulan ini sejak perbualan pertama kami melalui telefon dan ia sangat berguna dalam membantu pesakit kanser dan penjaga mereka.

Ini membuktikan bahawa kumpulan sokongan sangat diperlukan di saat-saat sukar.

Saya menulis tentang bagaimana menemui dan menyertai kumpulan kanser atas talian ketika isteri didiagnosis dengan Lymphoma dan memilih untuk menjalani kemoterapi. Melihat ahli kumpulan berterusan memaparkan gambar mereka telah meningkatkan semangat kami dalam menangani kesan sampingan kemoterapi. Semua gambar tersebut memaparkan senyuman. Mereka kelihatan tabah dengan senyuman kerana tidak ingin penyakit itu menentukan siapa mereka. Salah satu gambar menyayat hati yang sarat di fikiran saya adalah seorang ibu bersama anaknya semasa kemoterapi dan perasaan tersebut masih terkesan walau bertahun-tahun telah berlalu.

Bercakap dengan rakan kanser semasa menjalani kemoterapi sangat membantu, tetapi melihat gambar orang bertahun-tahun selepas kemoterapi akan membuat anda menyedari bahawa ini adalah perjalanan dengan cahaya yang sangat terang di hujung terowong.

Menyertai BUKAN SATU, tetapi dengan beberapa kumpulan sokongan. Inilah yang membantu saya dalam penjagaan Lymphoma untuk isteri dan kanser prostat untuk ayah.

Close Menu
×
×

Cart