fbpx

Kehidupan Selepas Kanser untuk Penjaga

Sebagai penjaga, kami telah mencurahkan sejumlah besar sokongan kepada yang tersayang. Hanya berbulan-bulan, atau bertahun-tahun akan kita sedar bahawa tugas ini telah berakhir. Saya menyedari bahawa ia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan normal selepas semuanya berakhir. Rutin sendiri telah diabaikan malah melupakan beberapa kawan dan saudara mara.

Bila waktunya tiba, kita perlu melupakan semua tentang kanser, kemoterapi, radiasi, konsultasi lanjut dan banyak lagi. Terasa sukar untuk kembali kepada kehidupan sebelum ini yang pernah saya nikmati.

Kami Sekeluarga. Ketika ini isteri saya telah 1 tahun selesai rawatan kemoterapi, ayah saya yang menghidapi kanser prostat.

Jadi jika anda merasakan hal yang sama, berikut adalah beberapa cara untuk mengatasinya:

A. Mengeratkan hubungan silaturrahim dengan berhubung kembali saudara mara, sahabat handai, mahupun rakan sekerja

B. Mula berfikir untuk kembali bekerja. Anda akan sibuk dengan perkara-perkara baru, bertemu kawan baru dan belajar ilmu baru.

C. Menjadi penjaga kadangkala boleh membawa kepada tabiat yang tidak sihat (diet tidak sihat, minum minuman keras, kurang bersenam). Hindari tabiat-tabiat buruk dan meluangkan waktu memperbaikinya.

Bersama sahabat di Hutan Royal Belum

D. Sertailah kumpulan sokongan. Ini adalah tempat untuk anda berkongsi pengalaman dan belajar daripada orang lain yang telah mengharungi cabaran-cabaran getir ini. Dengan menghadiri dan bercakap dengan orang akan membuat anda berasa lebih baik.

E. Hidupkan kembali atau lanjutkan semula hobi anda. Kini anda mempunyai waktu terluang, maka buatlah aktiviti yang anda gemari. Jika hobi tersebut membuat anda bertemu rakan baru, maka itu adalah bonus.

F. Pertimbangkan untuk mendapatkan bantuan. Mendapatkan kaunseling daripada pakar terlatih boleh membantu mengurangkan tekanan, membangkitkan semangat dan meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan

Close Menu
×
×

Cart