fbpx

Kanser, Air dan Otak Kita

Seringkali otak kita disamakan fungsinya seperti Unit Pemprosesan Pusat (CPU). Sebenarnya, otak jauh lebih mampu daripada itu. Untuk menanggung bebanan ini, tenaga dalam bentuk oksigen dan nutrien diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Saya pernah membaca otak manusia mempunyai keupayaan untuk menghasilkan kira-kira 23 watt (cukup untuk menyalakan lampu LED watt rendah). Otak kita mengandung 2% berat badan tetapi menggunakan 20% daripada jumlah tenaga dan pengambilan oksigen. Secara umumnya, ianya dipersetujui bahawa otak tidak dapat bertahan selepas kehilangan oksigen selama lebih dari 6 minit. Kekurangan dalam bentuk tenaga ini akan menjadikan fungsi otak terjejas. Dengan semua fungsi kompleks otak manusia, menambah tekanan kepadanya dan ini tidak akan membantu.

Mengapakah ini penting? Marilah merenung semula masa kita sebagai penjaga atau pesakit kanser. Kegalauan yang akan kita hadapi apabila mereka yang disayangi mungkin atau sudah didiagnosis dengan kanser. Walhal, ini adalah masa yang diperlukan untuk membuat keputusan yang besar. Menandatangani persetujuan mengenai biopsi, ujian invasif tambahan, kajian pengimejan dan banyak lagi. Kita juga perlu untuk menentukan pilihan rawatan, termasuk keputusan demi keputusan mengenai rutin dan kehidupan keluarga yang perlu diselesaikan.

Kita perlu memastikan keputusan paling wajar dibuat dalam keadaan sulit begini. Kita perlu memastikan otak tidak mengalami tekanan berlebihan. Berat otak 73% adalah air, bayangkan jika tidak memberinya air. Kita pastinya berasa letih, sakit kepala dan hilang tumpuan. Kajian yang diterbitkan oleh jurnal Frontiers in Human Neuroscience, mengkaji para peserta dalam ujian “air” dan “tidak ada air”. Hasilnya peserta meminum sekitar tiga cawan air sebelum menyelesaikan ujian mempunyai 14% peningkatan masa tindak balas berbanding dengan mereka yang tidak minum air. Kajian ini menunjukkan bahawa meminum air dapat meningkatkan prestasi kognitif.

Seperti dinyatakan dalam buku saya, sewaktu kegalauan jiwa, saya dan isteri mendapati begitu mudah letih. Mulut kami terasa kering, cepat menjadi marah serta mudah tersinggung. Apabila menyedari bahawa tidak cukup meminum air, kami mula menyeimbangkannya kembali. Kami menyimpan beberapa botol air di dapur dan akan meminum satu hingga dua botol setiap hari, di atas apa yang kami selama rutin makan. Kondisi kami menjadi lebih baik. Dalam masa dua hari saja, kami kembali bertenaga. Kami menjadi lebih aktif dengan minda yang ketara jelas. Saya tidak mengatakan bahawa minum air sahaja menyelesaikan masalah kami, tetapi itu merupakan salah satu factor dalam menguatkan emosi dan fizikal. Samada ketika menunggu keputusan biopsi, ketika rawatan ataupun ketika sihat.

Close Menu
×
×

Cart